Ahad, 29 Mac 2009



Apa itu SPA

Apa itu SPA? SPA berasal dari perkataan “Solus Per Aqua” di dalam bahasa Latin yang bermaksud “kesihatan melalui air”. Lazimnya, SPA dikaitkan dengan ketenangan dan adalah menjadi lumrah atau kemestian, bagi mendapatkan ketenangan, manusia akan mengaitkannya dengan “air”. Dalam perspektif lain, semua perawatan kesihatan tubuh badan dengan menggunakan air juga dikenali sebagai “Hidroterapi”.
Asal usul mandi wap

Asal usul mandi wap boleh di imbau kembali semenjak beberapa ribu tahun dahulu. Di zaman Empayar Greek, mandi wap sudah lama diamalkan olah masyarakant Rom dan ianya dikenali sebagai “Sudatorium”. Di zaman masyarakat empayar Turki (Persia), tempat mandi wap awam dikenali sebagi “Hamam”, manakala di Rusia, ianya dikenali sebagai “Banja”. Dalam erti kata lain, mandi wap sudah manjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat lampau untuk menjaga kesihatan & kecergasan. Ia merupakan amalan nenek moyang kita sebelum masyarakat kita diperkenalkan dengan perubatan moden.
Manakala di Asia, Mandian Wap masih lagi pada peringkat pengenalan dan masih baru dan pembangunan prasarananya tidak begitu ketara. Namun begitu, telah menjadi amalan masyarakat di Asia mengunjungi kawasan kawah / mata air panas untuk mandi dan berendam kerana di percayai sumber air panas ini mempunya kelebihan menyembuhkan penyakit.
Kini, pada abad ke-21, masyarakat mula menyedari pentingnya hidroterapi dalam meningkatkan tahap kesihatan dan mula menjadikan Mandian Wap sebagai tempat kunjungan utama. Menurut statistik kadar kunjungan ke SPA di antara wanita dan lelaki adalah 60/40. Moden SPA kini menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada sukan (aerobic, gymnasium) ke rawatan kecantikan hingga ke Hidroterapi.
Mandi wap tradisional melayu

  1. Pada masa dahulu, malah masih di amalkan di setengah tempat, amalan mandi wap dilakukan dengan merebus daun-daun herba dalam periuk. Pesakit diletak dekat dengan periuk tadi dan diselungkupkan dengan tikar atau selimut sehingga air dalam periuk tadi kering dan tidak berwap. Pesakit akan berpeluh dan bagi mereka yang menghidapi demam, biasanya demamnya akan sembuh. Bahan-bahan herba yang digunakan terdiri dari rempah, akar-akar kayu dan lain-lain lagi. Keberkesanannya telah terbukti sejak turun temurun di mana herba-herba ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kini, sistem merebus dan penyaluran wap herba ini telah dipermodenkan dan suasana perkidmatan telah diubahsuai agar pelanggan dapat menikmati mandi wap herba dalam suasana yang lebih nyaman dan selesa.
Kesan mandi wap herba
Wap herba memberi kesan kepada tubuh dengan cara:

Kesan panas dari wap memberi kesan positif kepada sistem “kadiovaskular”. Semasa mandi wap, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Ini akan meningkatkan perjalanan darah (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air menyebabkan saluran darah yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan. Proses ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.

Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke sistem perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).

Khasiat – kasiat lain adalah :

1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan sistem imunisasi badan .


2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.


3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.


4) Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.

Hanya 10-15 minit, anda akan rasakan perubahan tubuh anda luar dan dalam. Anda boleh bersauna sambil menonton televisyen .

MANDI WAP HERBA


TL 33 , KG. SENGKUANG,


SRI GADING,


BATU PAHAT.

TEL: OI77163885 / 0177599117


MANDI WAP HERBA


"Kini ada cara paling mudah dan cepat untuk menikmati sauna mandi wap hanya dengan
privasi di sauna kami !"


Anda mempunyai masalah-masalah seperti di bawah??


1) Tiada masa pergi berjogging?

2) Tak sempat langsung nak bersenam?

3) Resdung, pagi-pagi selalu bersin?

4) Badan terasa lenguh-lenguh, sakit sendi serta letih?

5) Berpotensi kena serang darah tinggi dan kencing manis?

6) Berat badan naik selepas bersalin?


Ketahuilah, rawatan sauna atau mandi wap panas merupakan gabungan kaedah tradisional-moden dan ianya berkesan untuk menurunkan berat badan dan mengekalkan kesihatan anda secara semulajadi.


Antara kebaikan dan kelebihan bersauna:-


1) Menggantikan aktiviti berjogging dan bersenam.

2) Membakar lemak dari luar dan menurunkan berat badan secara teratur.

3) Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin.

4) Menyingkirkan toksik badan melalui peluh.

5) Mengurangkan risiko darah tinggi, kencing manis & dan lain-lain.

6) Menyegarkan tubuh badan anda selepas penat bekerja.

7) Mengurangkan sinus/resdung dan jerawat.

8) Membersihkan kulit dan kelihatan segar, halus dan licin.



Kini ada cara paling mudah dan cepat untuk menikmati sauna di tempat kami.
Dengan sauna kami, ianya sungguh menjimatkan masa dan kos. Hanya 10-15 minit, anda akan rasakan perubahan tubuh anda luar dan dalam. Anda boleh bersauna sambil menonton televisyen .


Harga yang kami tawarkan RM 15.00 amatlah berpatutan. Anda dapat bersauna bila-bila masa dengan privasi di sauna kami. Terima kasih.


SPA kami menyediakan perkhidmatan mengurut untuk Lelaki dan Perempuan setiap HARI AHAD (selain hari itu kena menempah perkhidmatan tersebut) dengan harga RM30/jam


Di antara khasiat - khasiat mandi wap + herba yang lain adalah :

1. Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan
2. Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.
3. Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.
4. Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.

Untuk Mengurangkan Berat Badan/For Weight Reduction:
Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10 ke 20 minit lagi . Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.
TIP UNTUK MANDI WAP (SAUNA)

Sebelum melakukan sauna, biasakan minum air mineral sebelum dan sesudah melakukan sauna. Kemudian, duduk atau berbaring sejenak selama 10 minit untuk memperoleh manfaat sauna secara lebih maksimum. Bagi ibu-ibu hamil, atau mereka yang mengalami masalah saluran pernafasan, elakkan dari melakukan sauna.
Kelebihan sauna ini menjadikan ia sebagai satu perkara wajib setelah berolahraga. Ini kerana, mandi sauna ini dapat membantu mengendurkan kembali otot tubuh yang kejang ketika berolahraga atau setelah bekerja dalam situasi ketegangan yang tinggi. Otot yang terasa mengejang setelah bekerja disebabkan racun yang berkumpul di jaringan otot anda. Dengan melakukan sauna, ia dapat melancarkan kembali peredaran darah dan memperbaiki jaringan otot sehingga kembali relak.
Peluh yang dihasilkan ketika mandi sauna ini memberi kebaikan tersendiri. Peluh tersebut merupakan hasil dari pembakaran tubuh akibat peningkatan metabolisme. Hasil dari penelitian, sauna dikatakan membantu membakar sehingga 400 kalori dalam masa setengah jam. Ini kerana, wap panas yang dihasilkan ini membuka pori-pori kulit dan membantu mengeluarkan toksin dari dalam tubuh. Hasilnya, kulit akan terasa lebih bersih dan tegang di samping berasa lebih segar dan sihat. Tidak hairanlah sauna banyak digunakan dalam proses melangsingkan badan.
















MANDI WAP HERBA

Gabungan kaedah tradisional-moden, kini anda boleh bersauna atau mandi wap dengan privasi, konsisten hanya di rumah anda. Telah terbukti berkesan semenjak zaman dahulu lagi sauna berfungsi:

1. Membakar lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi. Bersauna/mandi wap panas dengan konsisten setiap minggu akan membakar lemak, kolesterol baru & lama. Bersauna merupakan kaedah yang menjimatkan & paling berkesan untuk menurunkan berat badan. Bersauna juga praktikal kepada anda yang tiada masa berjogging atau bersenam.

2. Keluarkan toksin dari tubuh. Peluh yang keluar semasa bersauna bukannya sia-sia. Seperti yang diketahui pori-pori yang membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu turut keluar bersama peluh ialah toksin yang ada dalam tubuh.
Kesannya kulit akan menjadi cerah dan bersih.

3. Menggantikan tanggas untuk ibu lepas bersalin. Membuang angin meroyan, air berlebihan & menyembuhkan luka-luka dalaman. Mengecutkan otot-otot rahim kembali kepada keadaan asal.

4. Kurangkan Stres. Biasanya setelah selesai melakukan sauna, fikiran akan merasa tenang. Stres & juga kerisauan juga boleh dikurangkan dengan sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai & anda akan tidur lebih nyenyak.

5. Sembuhkan Masalah Kulit. Panas ruang sauna yang biasanya antara 60 darjah-100 darjah celcius akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat oleh kerana wap panas melembutkan jerawat sekali gus mempercepatkan proses penyembuhannya.Banyak lagi kelebihan sauna seperti mengurangkan resdung, selesema, mengurangkan risiko darah tinggi, jantung & penyakit2 berbahaya.


KHASIAT DAN KELEBIHAN MANDI WAP ( SAUNA )


** Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
** Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
** Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury
** Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll.
** Meningkatkan sistem kardiovascular
** Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
** Melancarkan peredaran darah
** Meningkatkan sistem imunisasi badan
** Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki
** Meningkatkan tahap metabolisma
AMALAN MANDI WAP UNTUK KECANTIKAN & KESIHATAN
Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali. Tiga (3) penggunaan seminggu sememangnya sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian. Minum air secukupnya sebelum dan selepas bersauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan. Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.
KESAN MANDI WAP + HERBA UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN
Kesan panas dari wap memberi kesan positif kepada system "kadiovaskular". Semasa mandi wap, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Ini akan meningkatkan perjalanan darah (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air menyebankan slauran darah yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan. Proses ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.
Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.
Wap panas akan membuka rongga atau liang roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur dengan berkesan.
Wap panas juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke sistem perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap panas yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).